Apa Yang Rakyat Malaysia Kurang Ambil Kira Dalam Rutin Kesihatan Mereka (Dan Cara Untuk Memperbaikinya)

  • Apa Yang Rakyat Malaysia Kurang Ambil Kira Dalam Rutin Kesihatan Mereka (Dan Cara Untuk Memperbaikinya)
  • 1. Mengabaikan Pemeriksaan Kesihatan Berkala
  • 2. Kekurangan Literasi Kesihatan & Salah Maklumat
  • 3. Pengabaian Kesihatan: Risiko Senyap Untuk Lelaki dan Wanita
  • 4. Temu Janji Susulan Tidak Konsisten & Sokongan Gaya Hidup
  • 5. Kesihatan Mental Masih Diabaikan
  • Kesimpulan: Kelebihan Menggunakan FEV3R
what-malaysians-are-missing-in-their-health-routines rakyat-malaysia-kurang-ambil-kira-dalam-rutin

Dalam era kesedaran tentang kesihatan atau “selfcare” yang semakin mendapat perhatian, masih banyak aspek yang diabaikan dalam rutin asas kesihatan rakyat Malaysia. Menjalani pemeriksaan kesihatan berkala sehinggalah mengambil mudah terhadap kesihatan mental atas faktor melibatkan kos yang tinggi dan juga kekangan masa. Tindakan ini bukan sahaja menyebabkan perbelanjaan lebih besar untuk kos perubatan—malahan memberi kesan negatif kepada kesihatan mereka jangka panjang.

Artikel ini membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian terhadap penjagaan kesihatan di Malaysia dan bagaimana FEV3R membantu individu dan syarikat untuk mengatasi jurang tersebut—dengan cara yang mampu milik, mudah dan berkesan.

1. Mengabaikan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Masih ramai rakyat Malaysia mengamalkan pendekatan reaktif—hanya ke klinik apabila gejala muncul. Sedangkan ujian saringan seperti ujian darah dapat mengesan penyakit tanpa gejala pada peringkat awal. Perkara asas ini berbalik kepada keadaan di mana pencegahan lebih baik dari mengubati. Sikap tidak menitikberatkan kepentingan ujian saringan kesihatan ini perlu diberi perhatian dan lebih pendedahan perlu dilakukan. 💡 Tahukah Anda? Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Ministry of Health Malaysia), penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi sering tidak dikesan lebih awal sehinggalah komplikasi berlaku. Jurang yang Ada:
  • Ujian darah tahunan (paras glukosa, kolesterol, fungsi hati dan buah pinggang)
  • Saringan hormon dan tiroid (terutamanya untuk wanita berumur 30 tahun ke atas)
Bagaimana FEV3R Membantu:
  • Pakej saringan kesihatan menyeluruh dengan kos yang berpatutan
  • Ujian termasuk HbA1c (diabetes), profil lipid, paras hormon dan lainlain
  • Saringan korporat di tempat kerja—lakukan ujian saringan bersama rakan sekerja, untuk sokongan dan mengurangkan tekanan melakukan ujian berseorangan.

2. Kekurangan Literasi Kesihatan & Salah Maklumat

Kajian 2019 oleh International Journal of Public Health (IJPH) mendapati lebih 35% rakyat Malaysia menghadapi kesukaran memahami maklumat kesihatan asas—menyebabkan Keputusan yang diambil kurang tepat dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan. Jurang yang Ada:
  • Kurang kefahaman terhadap laporan makmal dan istilah perubatan yang digunakan
  • Tidak pasti bila dan di mana perlu mendapatkan nasihat profesional
Bagaimana FEV3R Membantu:
  • Keputusan ujian dalam format digital yang mudah diakses
  • Konsultasi secara digital, 24/7 untuk mendapatkan penjelasan keputusan dengan bahasa mudah—dilengkapi anotasi yang boleh dirujuk semula sebagai panduan
  • Ringkasan kesihatan dan cadangan susulan oleh doktor yang bertauliah

3. Pengabaian Kesihatan: Risiko Senyap Untuk Lelaki dan Wanita

Kekangan masa, stigma sosial dan kurang pendedahan, merupakan antara faktor isu kesihatan sering diabaikan. Bagi para wanita, Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) iaitu sekumpulan gejala yang disebabkan oleh masalah hormon wanita, masalah tiroid dan anemia sering tidak dikesan lebih awal bagi mengawal keadaan ini dari menjadi lebih serius. Untuk lelaki, paras testosteron rendah, masalah prostat dan keletihan kronik sering dianggap sebahagian daripada “penuaan normal”.

Menurut NHMS 2019:

  • 1 dalam 4 wanita Malaysia mengalami anemia, sering tidak disedari
  • Gangguan tiroid menjejaskan hampir 5% populasi dewasa di Malaysia, lebih tinggi dalam kalangan wanita
  • Lelaki kurang cenderung mendapatkan nasihat awal, menyebabkan diagnosis lewat bagi isu prostat dan masalah hormon.

Jurang yang ada:
Wanita:

  • Saringan hormon (FSH, LH, estrogen, progesteron)
  • Ujian paras zat besi dan vitamin B12
  • Pap smear dan saringan kesihatan payudara mengikut umur

Lelaki:

  • Saringan paras testosteron
  • Ujian PSA untuk kesihatan prostat (terutamanya bagi umur 40 tahun ke atas)
  • Penilaian keletihan kronik dan metabolisme

Bagaimana FEV3R Membantu:

  • Pakej kesihatan bersesuaian untuk lelaki dan wanita mengikut peringkat umur
  • Saringan di tempat kerja yang lebih mudah dan teratur
  • Konsultasi susulan melalui aplikasi FEV3R mengikut jadual masing-masing—tiada lagi waktu menunggu lama
  • Laporan disertai anotasi untuk membantu pengguna memantau kesihatan jangka panjang

4. Temu Janji Susulan Tidak Konsisten & Sokongan Gaya Hidup

Walaupun ujian saringan telah dijalankan, masih ramai yang tidak meneruskan dengan temu janji susulan. Cadangan daripada doktor berkaitan gaya hidup sekali lagi diabaikan, dan menyebabkan gejala yang sama berulang.

Jurang yang ada:

  • Tiada pemantauan jangka panjang terhadap perkembangan kesihatan peribadi
  • Tiada peringatan atau tindakan susulan berkala untuk mengekalkan perkembangan pemulihan

Bagaimana FEV3R Membantu:

  • Ringkasan konsultasi yang disertakan untuk rujukan yang mudah difahami
  • Akses kepada doktor secara digital tanpa had untuk kekalkan penglibatan dalam penjagaan kesihatan diri
  • Papan pemuka untuk pemantauan perkembangan tahap kesihatan pekerja secara umum (corporate wellness dashboard) sebagai rujukan untuk Langkah-langkah pencegahan dan aktiviti yang bermanfaat kepada para pekerja.

5. Kesihatan Mental Masih Diabaikan

Menurut NHMS 2023, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami gejala kebimbangan atau kemurungan. Namun, disebabkan stigma sosial dan akses terhad, ramai yang menderita dalam senyap.

Jurang yang Ada:

  • Tiada pemeriksaan kesihatan mental secara berkala
  • Sukar mendapatkan sokongan profesional tanpa stigma

Bagaimana FEV3R Membantu:

  • Akses doktor am 24/7 sebagai sumber rujukan awal untuk masalah yang dihadapi
  • Pilihan sokongan kesihatan mental secara digital, tidak perlu hadir secara fizikal—sangat berguna di tempat kerja.

Kesimpulan: Kelebihan Menggunakan FEV3R

Dengan pakej saringan mampu milik, laporan digital dan penjagaan secara berterusan, FEV3R menyediakan landasan kepada rutin kesihatan yang lebih bijak, mudah dan konsisten.

Sama ada anda seorang profesional, ibu bapa yang sibuk atau majikan yang prihatin terhadap kesejahteraan pekerja, sekaranglah masa terbaik untuk ubah gaya hidup dan mengamalkan rutin kesihatan yang lebih baik dan berterusan.

👉 Ketahui lebih lanjut atau tempah saringan di www.feverasia.com

Hubungi Kami

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top
  • Home
  • Individual
  • Corporate
  • Services

Baru di sini? Nikmati percubaan percuma selama 7 hari!

Perbualan doktor tanpa had, tanpa kos selama seminggu penuh*

Perlu preskripsi atau penghantaran ubat? Itulah bila langganan anda bermula. Sehingga itu – semuanya percuma, tiada tekanan.

*Percubaan anda secara automatik akan beralih kepada pelan individu apabila tempoh percubaan berakhir atau ubat telah ditetapkan untuk penghantaran. Langganan bermula dari RM24/bulan untuk penggunaan tanpa had. Batalkan bila-bila masa.

Muat turun aplikasi kami sekarang.

Muat turun aplikasi kami sekarang.

  • Laman Utama
  • Individu
  • Korporat
  • Servis

Download our app now.

Download our app now.