Memperkasa penjagaan kesihatan yang lebih pintar untuk anda
Tentang Kami – Perkhidmatan langganan inovatif FEV3R tanpa kos tersembunyi, menawarkan penjagaan kesihatan pantas, mampu milik dan efisien.
Memperkasa penjagaan kesihatan yang lebih pintar untuk anda
Tentang Kami – Perkhidmatan langganan inovatif FEV3R tanpa kos tersembunyi, menawarkan penjagaan kesihatan pantas, mampu milik dan efisien.
Perjalanan kami
Industri penjagaan kesihatan berada di barisan hadapan dalam pembangunan ubat-ubatan dan intervensi baharu, namun khidmat penjagaan pesakit tidak berkembang pada kadar yang sama.
FEV3R mengubah keadaan ini melalui aplikasi mudah alih yang ringkas dan senang diakses. Platform kami memberi anda akses terus, 24/7 kepada pasukan pakar penjagaan primer kami, di mana sahaja dan
bila-bila masa diperlukan.
FEV3R sedang mengubah cara pesakit berinteraksi dengan penyedia penjagaan primer.
Pengalaman digital yang lancar untuk menggalakkan pengguna mendapatkan penjagaan kesihatan apabila diperlukan. Kami menaik taraf perjalanan pesakit melalui data kesihatan universal yang boleh diakses oleh pesakit dan doktor dengan satu klik.
Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Kami menawarkan perkhidmatan kesihatan yang mudah dan boleh diakses, bagi meningkatkan hasil rawatan serta mengurangkan kos keseluruhan penjagaan primer dengan ketara.
Apa yang membezakan kami?
HaaS
Penyedia penjagaan kesihatan digital sebagai servis (HaaS) untuk mengurangkan ketidakpastian dalam penjagaan kesihatan. Berbeza daripada model bayar setiap penggunaan, FEV3R menawarkan penjagaan pesakit luar melalui langganan mudah.
Efisien
Pengguna boleh mengakses pasukan doktor FEV3R pada bila-bila masa, mendapatkan diagnosis dan menerima ubat yang dihantar terus ke rumah atau tempat kerja tanpa sebarang kerisauan.
Penjagaan Berterusan
Dengan FEV3R, doktor mempunyai akses kepada gambaran yang lebih lengkap tentang sejarah perubatan pesakit. Maklumat ini membantu mengenal pasti pola yang mungkin menunjukkan keadaan yang lebih serius atau kronik.
Data Universal
Papan pemuka HR FEV3R membolehkan majikan mengetahui pola kesihatan bagi seluruh syarikat, mengenal pasti risiko pekerjaan serta kos-kos yang terlibat.
Hasil Lebih Baik
Akses mudah kepada penjagaankesihatan mampu menjamin tahap kesihatan yang lebih baik. Elakkan kos berganda akibat kehilangan produktiviti dan kos perubatan yang tidak tentu.
Semangat
Kami mengasaskan FEV3R dengan matlamat untuk mentransformasikan penjagaan primer. Kami menggabungkan teknologi yang mampan dan pemahaman mendalam tentang apa yang diperlukan untuk menyediakan penjagaan kelas pertama kepada pesakit.
Pasukan Teras Kami
Adlan Hercus
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Adlan Hercus
Seorang usahawan bersiri yang berpengalaman luas dalam perundangan, kewangan dan inisiatif harta intelek merentasi pelbagai cabang perniagaan – AI, robotik, web dan aplikasi, genomik, patologi serta inovasi ubat-ubatan. Adlan adalah pakar dalam strategi dan inovasi, dengan fokus mencipta nilai untuk pihak berkepentingan.
Thomas Askew
KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI
Thomas Askew
Seorang usahawan berpengalaman luas dalam membangun dan melaksanakan aplikasi perusahaan berskala besar, melindungi privasi pelanggan serta bekerjasama dengan badan pengawal selia global. Thomas adalah seorang yang tekad dan berdedikasi dalam memacu perubahan pasaran penjagaan kesihatan primer dengan teknologi.
Dr. Sashidharan Janisein
PENGARAH PERUBATAN
Dr. Sashidharan Janisein
PENGARAH PERUBATAN
Dengan lebih 13 tahun
pengalaman dalam bidang
perubatan, Dr. Sashidharan
meluaskan penglibatannya dalam
Kesihatan Pekerjaan serta
amalan perubatan umum,
diperkukuhkan dengan rangkaian
kliniknya sendiri dan pelbagai
inisiatif komuniti.
Doktor Kami
Doktor 1
Seorang usahawan bersiri yang telah memimpin inisiatif undang-undang, kewangan dan harta intelek merentasi pelbagai perniagaan dalam AI, robotik, web dan mudah alih, genomik, patologi dan pembangunan ubat. Adlan adalah seorang pakar dalam strategi dan inovasi, dengan fokus pada mencipta nilai.
Doktor 1
Doktor 2

Doktor 3

Anugerah & Pencapaian
Bagaimana FEV3R mengubah penjagaan primer penggunanya
"Kami melihat penjimatan daripada model penjagaan maya hampir serta-merta. Sangat pantas dan membantu"